Saya sangat bencikan diri saya..Saya ini memang penakut...Sudahpun empat bulan saya melarikan diri dari dunia sebenar ini dan bersembunyi di dunia khayalan yang dipenuhi oleh kebahagian dan kegembiraan, masihku tidak dapat berhadapan dengan realiti...
"Saya dah fikir masak-masak...pisah adalah baik untuk saya, baik untukmu dan baik untuk semua orang...saya...saya tidak layak...". Air mataku tetap akan mengalir apabila terfikir ayat ini...ayat yang memisahkan kami berdua...Saya pilih untuk melarikan diri, dengan memastikan saya sentiasa sibuk. Saya tak cukup berani...tidak cukup berani untuk menerima hakikat ini...
Masihku teringat...ketika saya tidak sihat, dia sentiasa berada di sisiku...Dia berkeras untuk membawaku pulang ke rumah walaupun tiada topi keledar...Dia menunggang dalam arah yang bertentangan walaupun jalan itu merupakan jalan sehala...
Masihku teringat...pada hari ibu bapa, saya berasa amat takut kerana keputusan peperiksaan pertengahan tahunku tidak memuaskan lalu menangis...Walaupun dia tidak berkata apa-apa, namun dia sentiasa menemani di sisiku...Pada hari gotong-royong, bersama-sama kami mengelap piala-piala...barsama-sama kami berkongsi segelas jus oren...
Masihku teringat...kami berpegang tangan sambil berjalan-jalan di taman...pengusaha restoran tersenyum apabila melihat kami berdua bermain...Ketika itu, kedua-dua kami pun berasa gembira...bahagia...
Tetapi, segala-galanya berubah setelah ibunya mengesyaki hubungan kami...senyumannya yang sering digantung pada mukanya lenyap...sikapnya menjadi dingin...sehingga tiada apa-apa yang mahu beritahu saya...dia tidak lagi menghantarku pulang ke rumah...
Saya tahu...dia mempunyai tekanan...saya mengubah sikapku...saya tidak mahu memberinya tekanan lagi...namun, sebenarnya...kami berdua tidak segembira seperti dahulu lagi...Mungkin keranaku terlalu memandang tinggi terhadap diri sendiri...ataupun terlalu memandang rendah terhadap percintaan...saya selalu menyangka bahawa keadaan ini dapat berubah jika memberikan saya lebih banyak masa...
Tetapi...saya telahpun salah...semua usaha-usahaku hanya mensia-siakan sahaja...perubahanku hanya mendatangkan penderitaan sahaja...jarak kami berdua semakin jauh...mungkin percintaan kami berdua telah sampai ke garisan penamatan...dan masing-masing mempunyai mimpi yang berlainan...
Masihku teringat...pada hari perpisahan kami...sebenarnya dia tidak sampai hati...saya tahu dia tidak ingin cederakan saya...tetapi saya bersetuju untuk berpisah kerana saya tidak sanggup melihat senyumannya lenyap akibat sikapku yang mementingkan diri sendiri...
Bolehkah kami kembali ke asal..? Kembali ke asal yang gembira...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan