Isnin, 2 November 2009

Memori

Aku cuba sedaya upayaku untuk menahan air mataku daripada mengalir. Tetapi perbuatan yang bodoh itu sia sahaja kerana aku sudah tahu air mataku takkan berhenti mengalir...Selama ini, saya tinggal dalam bayangnya sahaja...Tanpanya, saya seolah-olah udara...udara yang tidak dapat dilihat, kewujudanku tidak dapat dirasai oleh semua manusia...

Masihku teringat pada hari jadiku yang ke-21...Kami telahpun bersama selama 3 tahun...Tetapi kamu pilih untuk memutuskan hubungan kami yang erat dan dalam...Tahukah kamu bertapa sedihnya saya semasa mendengar kata-katamu? "Saya rasa lebih baik kita berpisah...Saya rasa tiada sebarang "feel" lagi terhadap kamu...Maafkan saya..." Bayangmu semasa kamu meninggalkan saya dan dialog ini umpama satu filem, satu filem yang tidak henti dipaparkan dalam otakku...

Mengapa kamu meninggalkan saya? Kenapa tinggalkan saya berseorangan di dunia ini? Tahukah kamu bertapa kejamnya kamu...Mengapa kamu sanggup putuskan hubungan kami? Air mataku terus mengalir...saya bencikan kamu! Tetapi saya lebih bencikan diri sendiri kerana sudahpun satu bulan kamu meninggalkanku, namun sehingga kini, saya masih tidak dapat melupakan kamu...Semua ini salah memori! Jika tiada sebarang memori antara kami berdua, pastiku takkan begitu sedih...

Masihmu ingat janji pertama kita? Kamu pernah berkata bahawa kamu akan berusaha bersungguh-sungguh dan mencari sebanyak wang semungkin untuk kehidupan kami kelak...Saya mengangguk-anggukkan kepalaku dengan senyuman berserta dengan senyuman yang manis. Bolehkah kamu kembali ke sisiku untuk menunaikan janji kamu itu..?

Masihku teringat pada hari saya dikhianati oleh kawan baikku, saya menangis dengan teresak-esak...kamu memelukku dan berkata kepada saya:"Berboloikah kamu menangis untuk orang yang mengkhianati kamu? Orang itu bukan seorang kawan kerana kawan takkan mengkhianati kita...Jika dia sanggup mengkhianati kamu, dia bukanlah kawanmu...dan...yang penting sekali, kamu masih ada saya di sisimu..."


Tiada apa-apa jika kamu tidak ingat kata-kata kamu itu...Kerana sumua memori antara kita, bayangmu semasa kamu meninggalkan saya, kata-katamu yang menyedihkan saya, babak kami berpeluk...sumua itu akan lenyap dalam dunia saya...dan air mataku tidak akan mengalir lagi demimu...setitik pun tidak akan mengalir...kerana saya akan melompat dari bangunan ini sejurus aku menghabiskan bir ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan