Saya mula senyum...ketawa...ketawa dengan begitu gembiranya apabila saya melihat api yang semakin marak melulur rumahnya. Sedikit perasaan sakit hati lahir dalam hatiku tetapi rasa gembira yang melampau dapat menutupinya dengan baik. SAYALAH yang memulakan api itu, saya seorang PEMBUNUH!!!
Tiada sesiapa yang boleh memiliki cintanya, kecuali saya. Tetapi, dia menolak percintaan saya sebanyak sepuluh kali kerana saya ini memang miskin. Hajatku untuk memiliki cintanya hanya sebuah mimpi...sebuah mimpi yang membawanya kepada dewa kematian. Hajatku hanya dapat dicapai, sekiranya dia mati!
Saya berdiri di tepi rumahnya, menatap ke arah rumahnya. Asap hitam yang tebal dikeluarkan lalu naik ke udara. Saya ketawa terbahak-bahak. Saya membayangkan keadaannya dalam biliknya itu. Mesti dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana dia telah diikat di atas sebuah kerusi, tegang menggunakan tali.
Angin yang kuat menghembus dan api semakin marak...
"API!!! API!!!" jerit seseorang. Jiran-jirannya yang merupakan penduduk-penduduk yang kaya raya menggembleng tenaga, bertungkus-lumus mematikan api. Akan tetapi, usaha-usaha mereka hanya sia-sia kerana api yang terlalu marak dan angin yang semakin kuat. Satu letupan yang kuat menyebabkan api itu susah untuk dikawal. Mereka tidak berputus-asa. Mereka tetap cuba sedaya upaya memadamkan api dan seseorang daripada mereka menelefon pihak bomba.
Saya tetap berdiri di sana, mengeluarkan suara ketawa yang kian besar. Mereka yang sibuk memadamkan api menatap saya dengan perasaan yang curiga dan juga marah, tetapi mereka tidak mempedulikan saya kerana mereka mementingkan keselamatan-NYA dan masih cuba mematikan api menggunakan baldi yang berisi air. Takkan mereka tidak tahu perbuatan yang bodoh itu tidak mendatangkan sebarang faedah? Perbutan mereka takkan membantu mengwal api yang marak itu.
Akhirnya, watak utama kita --bomba tiba. Mereka juga bodoh seperti jiran-jiran yang baik hati itu, sibuk memadamkan api setibanya mereka ke situ. Mereka "berperang" dengan berani tetapi mustahil bagi mereka untuk memadamkan api kerana malam tersebut merupakan "windy day". Mereka berlangkah kiri. Api membakar dengan gila seperti syaitan.
"Hahahahaha.......haha......kamu ini memang bodoh, cuba lawan dengan api semarak ini...bodoh betul!!!! kamu semua ini "IDIOT"!!! hahaha.... haha..." saya ketawakan mereka. Salah seorang daripada jiran yang baik hati itu berlari ke arah saya. Dia menumbuk dada dan perut saya. Tetapi, dalam apa jua keadaanku, saya takkan kesal terhadap apa yang telah saya lakukan. Saya masih ketawa meskipun darahku mengalir kereana dia akan dimiliki oleh saya, saya seoang sahaja beberapa minit kemudian.
Api terus membakar dengan marak...seperti seekor harimau yang ganas...Sudah lama saya tunggu sehingga kini. Saya berlari ke dalam rumah yang sedang bakar itu, saya nak mati bersama-sama dengannya...saya nak memilikinya!
Tetapi saya telah dihalang oleh polis yang datang beberapa saat sebekum saya sempat masuk ke rumah itu. Saya telah ditangkap. Rancangan saya yang begitu mengagumkan telah dimusnahkan oleh polis yang menganggap dirinya sangat berani itu! Saya takkan biarkan rancangan saya yang sempurna itu musnah! Saya tidak mahu dia tunggu saya berseorangan terlalu lama...saya mesti menemaninya, tetapi saya tidak dapat melepaskan diri dan telah dibawa balik ke balai polis.
Sekarang, saya berada dalam lokap. Dengan satu tali yang tebal, saya akan menggantungkan diri saya. Yee, maafkan saya kerana membiarkan kamu berseorangan...saya akan datang menemani kamu sebentar lagi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan