Rabu, 25 November 2009

Bolahkah kami kembali ke asal..?

Saya sangat bencikan diri saya..Saya ini memang penakut...Sudahpun empat bulan saya melarikan diri dari dunia sebenar ini dan bersembunyi di dunia khayalan yang dipenuhi oleh kebahagian dan kegembiraan, masihku tidak dapat berhadapan dengan realiti...

"Saya dah fikir masak-masak...pisah adalah baik untuk saya, baik untukmu dan baik untuk semua orang...saya...saya tidak layak...". Air mataku tetap akan mengalir apabila terfikir ayat ini...ayat yang memisahkan kami berdua...Saya pilih untuk melarikan diri, dengan memastikan saya sentiasa sibuk. Saya tak cukup berani...tidak cukup berani untuk menerima hakikat ini...

Masihku teringat...ketika saya tidak sihat, dia sentiasa berada di sisiku...Dia berkeras untuk membawaku pulang ke rumah walaupun tiada topi keledar...Dia menunggang dalam arah yang bertentangan walaupun jalan itu merupakan jalan sehala...

Masihku teringat...pada hari ibu bapa, saya berasa amat takut kerana keputusan peperiksaan pertengahan tahunku tidak memuaskan lalu menangis...Walaupun dia tidak berkata apa-apa, namun dia sentiasa menemani di sisiku...Pada hari gotong-royong, bersama-sama kami mengelap piala-piala...barsama-sama kami berkongsi segelas jus oren...

Masihku teringat...kami berpegang tangan sambil berjalan-jalan di taman...pengusaha restoran tersenyum apabila melihat kami berdua bermain...Ketika itu, kedua-dua kami pun berasa gembira...bahagia...

Tetapi, segala-galanya berubah setelah ibunya mengesyaki hubungan kami...senyumannya yang sering digantung pada mukanya lenyap...sikapnya menjadi dingin...sehingga tiada apa-apa yang mahu beritahu saya...dia tidak lagi menghantarku pulang ke rumah...

Saya tahu...dia mempunyai tekanan...saya mengubah sikapku...saya tidak mahu memberinya tekanan lagi...namun, sebenarnya...kami berdua tidak segembira seperti dahulu lagi...Mungkin keranaku terlalu memandang tinggi terhadap diri sendiri...ataupun terlalu memandang rendah terhadap percintaan...saya selalu menyangka bahawa keadaan ini dapat berubah jika memberikan saya lebih banyak masa...

Tetapi...saya telahpun salah...semua usaha-usahaku hanya mensia-siakan sahaja...perubahanku hanya mendatangkan penderitaan sahaja...jarak kami berdua semakin jauh...mungkin percintaan kami berdua telah sampai ke garisan penamatan...dan masing-masing mempunyai mimpi yang berlainan...

Masihku teringat...pada hari perpisahan kami...sebenarnya dia tidak sampai hati...saya tahu dia tidak ingin cederakan saya...tetapi saya bersetuju untuk berpisah kerana saya tidak sanggup melihat senyumannya lenyap akibat sikapku yang mementingkan diri sendiri...

Bolehkah kami kembali ke asal..? Kembali ke asal yang gembira...

Jumaat, 20 November 2009

Sorry, ada kesalahan dalam karya"Maafkan saya kerana biarkan kamu menunggu"

seoang=>seorang
sebekum=>sebelum
maafkan saya kerana tidak sempat memeriksa kesalahan yang terdapat dalam karangan saya itu.^^

Khamis, 19 November 2009

Maafkan Saya Kerana Biarkan Kamu Menunggu Saya

Saya mula senyum...ketawa...ketawa dengan begitu gembiranya apabila saya melihat api yang semakin marak melulur rumahnya. Sedikit perasaan sakit hati lahir dalam hatiku tetapi rasa gembira yang melampau dapat menutupinya dengan baik. SAYALAH yang memulakan api itu, saya seorang PEMBUNUH!!!

Tiada sesiapa yang boleh memiliki cintanya, kecuali saya. Tetapi, dia menolak percintaan saya sebanyak sepuluh kali kerana saya ini memang miskin. Hajatku untuk memiliki cintanya hanya sebuah mimpi...sebuah mimpi yang membawanya kepada dewa kematian. Hajatku hanya dapat dicapai, sekiranya dia mati!

Saya berdiri di tepi rumahnya, menatap ke arah rumahnya. Asap hitam yang tebal dikeluarkan lalu naik ke udara. Saya ketawa terbahak-bahak. Saya membayangkan keadaannya dalam biliknya itu. Mesti dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana dia telah diikat di atas sebuah kerusi, tegang menggunakan tali.

Angin yang kuat menghembus dan api semakin marak...

"API!!! API!!!" jerit seseorang. Jiran-jirannya yang merupakan penduduk-penduduk yang kaya raya menggembleng tenaga, bertungkus-lumus mematikan api. Akan tetapi, usaha-usaha mereka hanya sia-sia kerana api yang terlalu marak dan angin yang semakin kuat. Satu letupan yang kuat menyebabkan api itu susah untuk dikawal. Mereka tidak berputus-asa. Mereka tetap cuba sedaya upaya memadamkan api dan seseorang daripada mereka menelefon pihak bomba.

Saya tetap berdiri di sana, mengeluarkan suara ketawa yang kian besar. Mereka yang sibuk memadamkan api menatap saya dengan perasaan yang curiga dan juga marah, tetapi mereka tidak mempedulikan saya kerana mereka mementingkan keselamatan-NYA dan masih cuba mematikan api menggunakan baldi yang berisi air. Takkan mereka tidak tahu perbuatan yang bodoh itu tidak mendatangkan sebarang faedah? Perbutan mereka takkan membantu mengwal api yang marak itu.

Akhirnya, watak utama kita --bomba tiba. Mereka juga bodoh seperti jiran-jiran yang baik hati itu, sibuk memadamkan api setibanya mereka ke situ. Mereka "berperang" dengan berani tetapi mustahil bagi mereka untuk memadamkan api kerana malam tersebut merupakan "windy day". Mereka berlangkah kiri. Api membakar dengan gila seperti syaitan.

"Hahahahaha.......haha......kamu ini memang bodoh, cuba lawan dengan api semarak ini...bodoh betul!!!! kamu semua ini "IDIOT"!!! hahaha.... haha..." saya ketawakan mereka. Salah seorang daripada jiran yang baik hati itu berlari ke arah saya. Dia menumbuk dada dan perut saya. Tetapi, dalam apa jua keadaanku, saya takkan kesal terhadap apa yang telah saya lakukan. Saya masih ketawa meskipun darahku mengalir kereana dia akan dimiliki oleh saya, saya seoang sahaja beberapa minit kemudian.

Api terus membakar dengan marak...seperti seekor harimau yang ganas...Sudah lama saya tunggu sehingga kini. Saya berlari ke dalam rumah yang sedang bakar itu, saya nak mati bersama-sama dengannya...saya nak memilikinya!

Tetapi saya telah dihalang oleh polis yang datang beberapa saat sebekum saya sempat masuk ke rumah itu. Saya telah ditangkap. Rancangan saya yang begitu mengagumkan telah dimusnahkan oleh polis yang menganggap dirinya sangat berani itu! Saya takkan biarkan rancangan saya yang sempurna itu musnah! Saya tidak mahu dia tunggu saya berseorangan terlalu lama...saya mesti menemaninya, tetapi saya tidak dapat melepaskan diri dan telah dibawa balik ke balai polis.

Sekarang, saya berada dalam lokap. Dengan satu tali yang tebal, saya akan menggantungkan diri saya. Yee, maafkan saya kerana membiarkan kamu berseorangan...saya akan datang menemani kamu sebentar lagi...

Selasa, 17 November 2009

Perbuatan "crazy"ku

Akhir tibanya hari itu, hari yang paling istimewa bagiku. Demi hari ini, saya dan tiga orang rakanku telahpun bersungguh-sungguh menjalankan latihan. Semua latihan itu adalah memenatkan tetapi kami tetapi semua usaha kami adalah berboloi jika aktiviti yang 'crazy' itu berjaya.

Setelah kami memakai mask dan dilengkapkan dengan senjata-senjata, kami bergerak ke dalam bank dengan pergerakkan yang pantas. " Nyawa atau wang?"saya jerit dan mula menembak sesuka hati. Adakah saya salah tembak orang? Saya tidak tahu dan saya takkan peduli akan mereka.

Semua pengnjung baring di atas lantai, muka menghadap lantai. Rakanku menuju ke kaunter dan mengarah pekerja supaya menhisi beg besar yang kami bawa dengan wang. Dia tidak dapat buat apa-apa kecuali dengar arahan kami.

Tiba-tiba, dua pegawai sekuriti yang bodoh berlari ke dalam bank dengan membawa senjata mereka. Dengan cepatnya, saya mengacukan pistolku ke arah mereka dan tembak mereka. Peluru tembak terus ke dalam kepala mereka dan mereka terus mati di situ.

Kami terus masuk ke dalam kereta sebaik sahaja misi kami selesai di mana seorang daripada rakanku menunggu kami di dalamnya. Saya membuka beg berisi wang itu. WAH!!! Bnyaknya wang! Saya tidak pernah melihat sebanyak itu sepanjang hayat saya. Mungkin kehidupan saya terlalu miskin semenjak saya dilahirkan sehinggalah hari ini. Selama 16 TAHUN! Alangkah baiknya saya dapat memiliki semua wang itu--sediri...Tunggu...hasrat saya dapat ditunaikan jika mereka...lenyap diari dunia ini.

Saya mengeluarkan pistol saya secara senyap ketika mereka sibuk mengira wang di tepi jalan selepas matikan enjin. "BANG! BANG! BANG!" Ketiga-tiga mereka mati di hadapan saya. Salah satu daripada mereka macam menatap ke arah saya. Saya buang mayat-mayat itu di situ dan meneruskan perjalanan saya.

Tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi siren. Polis mula menenbak ke arah saya. Takkan saya mengalah begitu sahaja. Saya pun mengambil pistolku dan menembak ke arah mereka tetapi sudahpun lewat kerana tayar keretaku telahpun ditembak dan saya tidak dapat mengawal pergerakkan kenderaanku.

Dengan cepatnya, saya lompat dari kereta. Saya sempat mengambil yang berisi wang itu. Nasib tidak menyelebihi saya. Saya berjaya diberkas oleh musuhku-polis sebaik sahaja keluar dari kereta.

Sekarang, saya berada dalam lokap bersama-sama dengan banduan lain. Hukuman matiku akan dilaksanakan pada keesokkan hari--kerana merompak dan membunuh 5 orang termasuk 3 orang rakanku.

Isnin, 2 November 2009

Memori

Aku cuba sedaya upayaku untuk menahan air mataku daripada mengalir. Tetapi perbuatan yang bodoh itu sia sahaja kerana aku sudah tahu air mataku takkan berhenti mengalir...Selama ini, saya tinggal dalam bayangnya sahaja...Tanpanya, saya seolah-olah udara...udara yang tidak dapat dilihat, kewujudanku tidak dapat dirasai oleh semua manusia...

Masihku teringat pada hari jadiku yang ke-21...Kami telahpun bersama selama 3 tahun...Tetapi kamu pilih untuk memutuskan hubungan kami yang erat dan dalam...Tahukah kamu bertapa sedihnya saya semasa mendengar kata-katamu? "Saya rasa lebih baik kita berpisah...Saya rasa tiada sebarang "feel" lagi terhadap kamu...Maafkan saya..." Bayangmu semasa kamu meninggalkan saya dan dialog ini umpama satu filem, satu filem yang tidak henti dipaparkan dalam otakku...

Mengapa kamu meninggalkan saya? Kenapa tinggalkan saya berseorangan di dunia ini? Tahukah kamu bertapa kejamnya kamu...Mengapa kamu sanggup putuskan hubungan kami? Air mataku terus mengalir...saya bencikan kamu! Tetapi saya lebih bencikan diri sendiri kerana sudahpun satu bulan kamu meninggalkanku, namun sehingga kini, saya masih tidak dapat melupakan kamu...Semua ini salah memori! Jika tiada sebarang memori antara kami berdua, pastiku takkan begitu sedih...

Masihmu ingat janji pertama kita? Kamu pernah berkata bahawa kamu akan berusaha bersungguh-sungguh dan mencari sebanyak wang semungkin untuk kehidupan kami kelak...Saya mengangguk-anggukkan kepalaku dengan senyuman berserta dengan senyuman yang manis. Bolehkah kamu kembali ke sisiku untuk menunaikan janji kamu itu..?

Masihku teringat pada hari saya dikhianati oleh kawan baikku, saya menangis dengan teresak-esak...kamu memelukku dan berkata kepada saya:"Berboloikah kamu menangis untuk orang yang mengkhianati kamu? Orang itu bukan seorang kawan kerana kawan takkan mengkhianati kita...Jika dia sanggup mengkhianati kamu, dia bukanlah kawanmu...dan...yang penting sekali, kamu masih ada saya di sisimu..."


Tiada apa-apa jika kamu tidak ingat kata-kata kamu itu...Kerana sumua memori antara kita, bayangmu semasa kamu meninggalkan saya, kata-katamu yang menyedihkan saya, babak kami berpeluk...sumua itu akan lenyap dalam dunia saya...dan air mataku tidak akan mengalir lagi demimu...setitik pun tidak akan mengalir...kerana saya akan melompat dari bangunan ini sejurus aku menghabiskan bir ini...

Selasa, 29 September 2009

Kami

"Tidak...saya tak boleh menerima niat baikmu ...saya tak layak....maafkan saya, kami masih kawan baik kan?" Itulah jawapan saya untuk pertanyaannya. Saya tahu jawapan saya itu memang menyakitkan hatinya, tetapi hanya itulah yang boleh saya buat untuk mematahkan hatinya.


Sejak kecil lagi kami berdua berkawan baik. Tiap-tiap hari kami pergi ke sekolah bersama, mengulang kaji bersama, bermain bersama. Permainan yang sering kami main ialah "perkhawinan palsu", iaitu khawin secara palsu, kami mengikat beberapa batang kayu dan menganggap kayu-kayu itu sebagai "anak"kami. "Apabila besar kelak, saya mesti berkhawin denganmu." Itu yang saring dia katakan kepada saya.

Sebenarnya, kami berdua ini anak yatim. Ibu bapaku telah meninggalkanku semasa saya masih bayi manakala ibu bapanya telahpun meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalan raya yang sungguh dahsyat. Kami berdua dipelihara oleh Mak Rina, seorang nenek tua yang baik hatinya. Mak Rina tidak mempunyai anak. Oleh itu, dia amat menyayangi kami. Dia melayan dan menjaga kami bagai anak kandungnya.

Tetapi, Mak Rina telah meninggal dunia tidak lama kemudian. Ketika itu, kedua-dua kami baru berusia tiga belas tahun. Untuk menampung kehidupan kami, kami terpaksa bekerja sambil belajar. Kami bekerja di sebuah restoran tiap-tiap hari selepas sekolah. Walaupun kehidupan kami sangat susah, tetapi kami tetap berasa gembira.

Suatu hari, saya berasa amat pening. Saya tidak pergi ke sekolah. Mukaku kelihatan pucat sekali. Dia membawaku ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan badan. Sementara saya menjalankan pemeriksaan, dia menunggu saya di luar. Saya tahu dia amat cemas. Saya dapat dengar suara tapak kakinya ketika mundar-mandir.

Doktor memberitahuku bahawa saya telah menjangkiti penyakit barah paru-paru. Air mataku mengalir sebaik sahaja mendapat tahu. Saya segera mengesat air mataku dengan sapu tangan. Saya tak boleh membenarkannya membimbangkan saya. Saya merayukan doktor supaya tidak memberitahunya bahawa saya menghidapi penyakit tersebut dan doktor sudahpun berjanji.

"Apa kata doktor?" dengan segeranya dia bertanyakan saya ketika saya keluar. "Cuma selesema biasa," jawabku. "Legalah saya. Beberapa hari ini, jangan pergi ke mana-mana. Rehat di rumah sahaja. Saya akan memohon cuti bagimu,"katanya. Saya tidak sampai untuk memberitahunya bahawa penyakit yang saya hidapi bukan selesesma, tetapi barah.

Beberapa hari kemudian, dia dengan gembiranya memberitahu saya bahawanya telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di bandar. Itulah impiannya selama ini. Keputusannya amat cemerlang selama ini.

Dia menyampaikan perasaannya dan percintaannya kepada saya dan mengajak saya untuk berpindah ke bandar. Saya telah menolak niat baiknya. Sebenarnya saya juga menyukainya.

Kini, dia sudahpun berpindah ke bandar dan meninggalkanku berseorangan di sini...Saya tahu bertapa kecewanya dia. Saya ternampaknya menangis dalam bas....

Rabu, 23 September 2009

Cerita Mengenai Saya

Aku, seorang anak yatim...tiada orang yang sayangkan saya, ambil berat tentang saya...Ibu dan ayahku telah meninggalkan saya berseorangan di dunia yang gelap dan sejuk ini sejak kecil lagi. Tiada wajah mereka dalam memori saya. Selama ini, saya tidak pernah ketawa ataupun senyum. Bagi saya, bahagia hanya satu ilusi, satu perkataan yang tidak bererti dalam kehidupan saya.

Kehidupan saya sama setiap hari. Setiap hari, saya perlu meminta sedekah di jalan, dari rumah ke rumah, di tempat yang banyak orang, untuk menampung kehidupan seharianku. Orang di dunia ini kejam. Bukan banyak orang yang memberi duit ataupun makanan kepada saya, kebanyakkan mereka mengelakkan diri kepada saya apabila saya mendekati mereka, ada juga yang menghalau saya.

Setiap hari saya berjalan...berjalan tanpa tujuan. Malah saya sendiri pun tidak tahu sudah berapa lama dan berapa jauh saya jalan. Tidak tahu di mana saya berada.

Hari itu, kehidupan saya berubah...berubah dengan sepenuhnya. Saya ingat pada hari itu, saya berjalan. Berjalan dari pagi sampai malam...tiada sebarang hasil. Keadaan bertambah buruk apabila hujan mula turun. Dengan segeranya, saya mencari tempat untuk berteduh, lebih-lebih lagi pada masa itu hari sudahpun bertukar menjadi gelap.

Tiba-tiba, satu cahaya "muncul" di depan saya. Saya dapat melihat satu rumah dari berjauhan.
Dengan cepatnya, saya membuka langkah, berlari dengan secepatnya menuju ke arah rumah itu walaupun rumah itu kecil sahaja.

Saya terus masuk ke rumah itu apabila ternampak pintu itu terbuka. Saya tidak berwas-was apabila masuk ke rumah ini lebih-lebih lagi pada masa itu hujan turun dengan begitu lebatnya. Jika saya berfikir dengan mendalam, saya tidak akan mati...mati dengan dasyatnya!

Saya melangkah ke dalam rumah itu. Tiada sesiapa yang berada di dalam rumah itu. Saya berjalan dengan perlahan di rumah itu, suatu perasaan yang aneh timbul dalam hatiku...Tiba-tiba saya terasa kepala saya seperti dipukul dan apa yang ada di depan saya menjadi gelap.

Apabila saya membuka mataku, saya mendapati kedua-dua tangan dan kakiku telahpun diikat dan diriku direndam dalam satu periuk dan suhu air dalam periuk itu semakin meningkat. "Apa?! Adakah saya sedang dimasak?"Saya berusaha bergelut...bergelut dengan sedaya upayaku.

"Haha...haha...nampaknya makan malamku hari ini memang enak! Tak perlu makan daging kambing hari ini...haha...boleh makan manusia kegemaranku!haha..."Saya terdengar suara ini semasa bergelut..."Apa? Kanibal?!"bisik hatiku. Saya terus bergelut tetapi perbuatan saya hanya sia-sia...Rohku mula meninggalkan badanku...

Tiga minit lagi, saya akan meninggalkan dunia ini...Tiada sesiapa yang mahu ataupun patut saya lawat pada masa ini, apa yang saya boleh buat sekarang, hanya menulis cerita mengenai diri saya sebelum rohku dibawa ke syurga...