"Tidak...saya tak boleh menerima niat baikmu ...saya tak layak....maafkan saya, kami masih kawan baik kan?" Itulah jawapan saya untuk pertanyaannya. Saya tahu jawapan saya itu memang menyakitkan hatinya, tetapi hanya itulah yang boleh saya buat untuk mematahkan hatinya.
Sejak kecil lagi kami berdua berkawan baik. Tiap-tiap hari kami pergi ke sekolah bersama, mengulang kaji bersama, bermain bersama. Permainan yang sering kami main ialah "perkhawinan palsu", iaitu khawin secara palsu, kami mengikat beberapa batang kayu dan menganggap kayu-kayu itu sebagai "anak"kami. "Apabila besar kelak, saya mesti berkhawin denganmu." Itu yang saring dia katakan kepada saya.
Sebenarnya, kami berdua ini anak yatim. Ibu bapaku telah meninggalkanku semasa saya masih bayi manakala ibu bapanya telahpun meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalan raya yang sungguh dahsyat. Kami berdua dipelihara oleh Mak Rina, seorang nenek tua yang baik hatinya. Mak Rina tidak mempunyai anak. Oleh itu, dia amat menyayangi kami. Dia melayan dan menjaga kami bagai anak kandungnya.
Tetapi, Mak Rina telah meninggal dunia tidak lama kemudian. Ketika itu, kedua-dua kami baru berusia tiga belas tahun. Untuk menampung kehidupan kami, kami terpaksa bekerja sambil belajar. Kami bekerja di sebuah restoran tiap-tiap hari selepas sekolah. Walaupun kehidupan kami sangat susah, tetapi kami tetap berasa gembira.
Suatu hari, saya berasa amat pening. Saya tidak pergi ke sekolah. Mukaku kelihatan pucat sekali. Dia membawaku ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan badan. Sementara saya menjalankan pemeriksaan, dia menunggu saya di luar. Saya tahu dia amat cemas. Saya dapat dengar suara tapak kakinya ketika mundar-mandir.
Doktor memberitahuku bahawa saya telah menjangkiti penyakit barah paru-paru. Air mataku mengalir sebaik sahaja mendapat tahu. Saya segera mengesat air mataku dengan sapu tangan. Saya tak boleh membenarkannya membimbangkan saya. Saya merayukan doktor supaya tidak memberitahunya bahawa saya menghidapi penyakit tersebut dan doktor sudahpun berjanji.
"Apa kata doktor?" dengan segeranya dia bertanyakan saya ketika saya keluar. "Cuma selesema biasa," jawabku. "Legalah saya. Beberapa hari ini, jangan pergi ke mana-mana. Rehat di rumah sahaja. Saya akan memohon cuti bagimu,"katanya. Saya tidak sampai untuk memberitahunya bahawa penyakit yang saya hidapi bukan selesesma, tetapi barah.
Beberapa hari kemudian, dia dengan gembiranya memberitahu saya bahawanya telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di bandar. Itulah impiannya selama ini. Keputusannya amat cemerlang selama ini.
Dia menyampaikan perasaannya dan percintaannya kepada saya dan mengajak saya untuk berpindah ke bandar. Saya telah menolak niat baiknya. Sebenarnya saya juga menyukainya.
Kini, dia sudahpun berpindah ke bandar dan meninggalkanku berseorangan di sini...Saya tahu bertapa kecewanya dia. Saya ternampaknya menangis dalam bas....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan