Aku, seorang anak yatim...tiada orang yang sayangkan saya, ambil berat tentang saya...Ibu dan ayahku telah meninggalkan saya berseorangan di dunia yang gelap dan sejuk ini sejak kecil lagi. Tiada wajah mereka dalam memori saya. Selama ini, saya tidak pernah ketawa ataupun senyum. Bagi saya, bahagia hanya satu ilusi, satu perkataan yang tidak bererti dalam kehidupan saya.
Kehidupan saya sama setiap hari. Setiap hari, saya perlu meminta sedekah di jalan, dari rumah ke rumah, di tempat yang banyak orang, untuk menampung kehidupan seharianku. Orang di dunia ini kejam. Bukan banyak orang yang memberi duit ataupun makanan kepada saya, kebanyakkan mereka mengelakkan diri kepada saya apabila saya mendekati mereka, ada juga yang menghalau saya.
Setiap hari saya berjalan...berjalan tanpa tujuan. Malah saya sendiri pun tidak tahu sudah berapa lama dan berapa jauh saya jalan. Tidak tahu di mana saya berada.
Hari itu, kehidupan saya berubah...berubah dengan sepenuhnya. Saya ingat pada hari itu, saya berjalan. Berjalan dari pagi sampai malam...tiada sebarang hasil. Keadaan bertambah buruk apabila hujan mula turun. Dengan segeranya, saya mencari tempat untuk berteduh, lebih-lebih lagi pada masa itu hari sudahpun bertukar menjadi gelap.
Tiba-tiba, satu cahaya "muncul" di depan saya. Saya dapat melihat satu rumah dari berjauhan.
Dengan cepatnya, saya membuka langkah, berlari dengan secepatnya menuju ke arah rumah itu walaupun rumah itu kecil sahaja.
Saya terus masuk ke rumah itu apabila ternampak pintu itu terbuka. Saya tidak berwas-was apabila masuk ke rumah ini lebih-lebih lagi pada masa itu hujan turun dengan begitu lebatnya. Jika saya berfikir dengan mendalam, saya tidak akan mati...mati dengan dasyatnya!
Saya melangkah ke dalam rumah itu. Tiada sesiapa yang berada di dalam rumah itu. Saya berjalan dengan perlahan di rumah itu, suatu perasaan yang aneh timbul dalam hatiku...Tiba-tiba saya terasa kepala saya seperti dipukul dan apa yang ada di depan saya menjadi gelap.
Apabila saya membuka mataku, saya mendapati kedua-dua tangan dan kakiku telahpun diikat dan diriku direndam dalam satu periuk dan suhu air dalam periuk itu semakin meningkat. "Apa?! Adakah saya sedang dimasak?"Saya berusaha bergelut...bergelut dengan sedaya upayaku.
"Haha...haha...nampaknya makan malamku hari ini memang enak! Tak perlu makan daging kambing hari ini...haha...boleh makan manusia kegemaranku!haha..."Saya terdengar suara ini semasa bergelut..."Apa? Kanibal?!"bisik hatiku. Saya terus bergelut tetapi perbuatan saya hanya sia-sia...Rohku mula meninggalkan badanku...
Tiga minit lagi, saya akan meninggalkan dunia ini...Tiada sesiapa yang mahu ataupun patut saya lawat pada masa ini, apa yang saya boleh buat sekarang, hanya menulis cerita mengenai diri saya sebelum rohku dibawa ke syurga...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hello Eternal,
BalasPadamsebuah lagi cerita yang cukup menarik dan penggunaan bahasa yang cukup baik.
Seperti biasa, cikgu ingin menarik perhatian anda kepada beberapa kesilapan bahasa
a. kebanyakkan orang mengelakkan diri kepada saya --kebanyakan orang mengelakkan diri daripada saya
b. saya dapat melihat satu sebuah dari berjauhan - saya dapat melihat sebuah rumah dari jauh
c. ternampak pintu itu terbuka - ternampak pintunya terbuka
sekian, terima kasih