Selasa, 29 September 2009

Kami

"Tidak...saya tak boleh menerima niat baikmu ...saya tak layak....maafkan saya, kami masih kawan baik kan?" Itulah jawapan saya untuk pertanyaannya. Saya tahu jawapan saya itu memang menyakitkan hatinya, tetapi hanya itulah yang boleh saya buat untuk mematahkan hatinya.


Sejak kecil lagi kami berdua berkawan baik. Tiap-tiap hari kami pergi ke sekolah bersama, mengulang kaji bersama, bermain bersama. Permainan yang sering kami main ialah "perkhawinan palsu", iaitu khawin secara palsu, kami mengikat beberapa batang kayu dan menganggap kayu-kayu itu sebagai "anak"kami. "Apabila besar kelak, saya mesti berkhawin denganmu." Itu yang saring dia katakan kepada saya.

Sebenarnya, kami berdua ini anak yatim. Ibu bapaku telah meninggalkanku semasa saya masih bayi manakala ibu bapanya telahpun meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalan raya yang sungguh dahsyat. Kami berdua dipelihara oleh Mak Rina, seorang nenek tua yang baik hatinya. Mak Rina tidak mempunyai anak. Oleh itu, dia amat menyayangi kami. Dia melayan dan menjaga kami bagai anak kandungnya.

Tetapi, Mak Rina telah meninggal dunia tidak lama kemudian. Ketika itu, kedua-dua kami baru berusia tiga belas tahun. Untuk menampung kehidupan kami, kami terpaksa bekerja sambil belajar. Kami bekerja di sebuah restoran tiap-tiap hari selepas sekolah. Walaupun kehidupan kami sangat susah, tetapi kami tetap berasa gembira.

Suatu hari, saya berasa amat pening. Saya tidak pergi ke sekolah. Mukaku kelihatan pucat sekali. Dia membawaku ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan badan. Sementara saya menjalankan pemeriksaan, dia menunggu saya di luar. Saya tahu dia amat cemas. Saya dapat dengar suara tapak kakinya ketika mundar-mandir.

Doktor memberitahuku bahawa saya telah menjangkiti penyakit barah paru-paru. Air mataku mengalir sebaik sahaja mendapat tahu. Saya segera mengesat air mataku dengan sapu tangan. Saya tak boleh membenarkannya membimbangkan saya. Saya merayukan doktor supaya tidak memberitahunya bahawa saya menghidapi penyakit tersebut dan doktor sudahpun berjanji.

"Apa kata doktor?" dengan segeranya dia bertanyakan saya ketika saya keluar. "Cuma selesema biasa," jawabku. "Legalah saya. Beberapa hari ini, jangan pergi ke mana-mana. Rehat di rumah sahaja. Saya akan memohon cuti bagimu,"katanya. Saya tidak sampai untuk memberitahunya bahawa penyakit yang saya hidapi bukan selesesma, tetapi barah.

Beberapa hari kemudian, dia dengan gembiranya memberitahu saya bahawanya telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di bandar. Itulah impiannya selama ini. Keputusannya amat cemerlang selama ini.

Dia menyampaikan perasaannya dan percintaannya kepada saya dan mengajak saya untuk berpindah ke bandar. Saya telah menolak niat baiknya. Sebenarnya saya juga menyukainya.

Kini, dia sudahpun berpindah ke bandar dan meninggalkanku berseorangan di sini...Saya tahu bertapa kecewanya dia. Saya ternampaknya menangis dalam bas....

Rabu, 23 September 2009

Cerita Mengenai Saya

Aku, seorang anak yatim...tiada orang yang sayangkan saya, ambil berat tentang saya...Ibu dan ayahku telah meninggalkan saya berseorangan di dunia yang gelap dan sejuk ini sejak kecil lagi. Tiada wajah mereka dalam memori saya. Selama ini, saya tidak pernah ketawa ataupun senyum. Bagi saya, bahagia hanya satu ilusi, satu perkataan yang tidak bererti dalam kehidupan saya.

Kehidupan saya sama setiap hari. Setiap hari, saya perlu meminta sedekah di jalan, dari rumah ke rumah, di tempat yang banyak orang, untuk menampung kehidupan seharianku. Orang di dunia ini kejam. Bukan banyak orang yang memberi duit ataupun makanan kepada saya, kebanyakkan mereka mengelakkan diri kepada saya apabila saya mendekati mereka, ada juga yang menghalau saya.

Setiap hari saya berjalan...berjalan tanpa tujuan. Malah saya sendiri pun tidak tahu sudah berapa lama dan berapa jauh saya jalan. Tidak tahu di mana saya berada.

Hari itu, kehidupan saya berubah...berubah dengan sepenuhnya. Saya ingat pada hari itu, saya berjalan. Berjalan dari pagi sampai malam...tiada sebarang hasil. Keadaan bertambah buruk apabila hujan mula turun. Dengan segeranya, saya mencari tempat untuk berteduh, lebih-lebih lagi pada masa itu hari sudahpun bertukar menjadi gelap.

Tiba-tiba, satu cahaya "muncul" di depan saya. Saya dapat melihat satu rumah dari berjauhan.
Dengan cepatnya, saya membuka langkah, berlari dengan secepatnya menuju ke arah rumah itu walaupun rumah itu kecil sahaja.

Saya terus masuk ke rumah itu apabila ternampak pintu itu terbuka. Saya tidak berwas-was apabila masuk ke rumah ini lebih-lebih lagi pada masa itu hujan turun dengan begitu lebatnya. Jika saya berfikir dengan mendalam, saya tidak akan mati...mati dengan dasyatnya!

Saya melangkah ke dalam rumah itu. Tiada sesiapa yang berada di dalam rumah itu. Saya berjalan dengan perlahan di rumah itu, suatu perasaan yang aneh timbul dalam hatiku...Tiba-tiba saya terasa kepala saya seperti dipukul dan apa yang ada di depan saya menjadi gelap.

Apabila saya membuka mataku, saya mendapati kedua-dua tangan dan kakiku telahpun diikat dan diriku direndam dalam satu periuk dan suhu air dalam periuk itu semakin meningkat. "Apa?! Adakah saya sedang dimasak?"Saya berusaha bergelut...bergelut dengan sedaya upayaku.

"Haha...haha...nampaknya makan malamku hari ini memang enak! Tak perlu makan daging kambing hari ini...haha...boleh makan manusia kegemaranku!haha..."Saya terdengar suara ini semasa bergelut..."Apa? Kanibal?!"bisik hatiku. Saya terus bergelut tetapi perbuatan saya hanya sia-sia...Rohku mula meninggalkan badanku...

Tiga minit lagi, saya akan meninggalkan dunia ini...Tiada sesiapa yang mahu ataupun patut saya lawat pada masa ini, apa yang saya boleh buat sekarang, hanya menulis cerita mengenai diri saya sebelum rohku dibawa ke syurga...

Selasa, 22 September 2009

Punca-punca Remaja Terlibat Dalam Aktiviti Tidak Berfaedah dan Langkah-langkah Mengatasinya

Sejak belakangan ini, pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja sering dipaparkan dalam akhbar mahupun di kaca televisyan. Masa itu emas. Tetapi, mereka menghabiska masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan faedah seperti melepak, melakukan perbutan vandalisme, berlumba seperti mat rempit dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja membazirkan masa, ia juga membawa keburukan kepada seluruh masyarakat.

Mengapakah remaja terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah? Remaja terjebak dalam gejala negatif disebabkan oleh kecuaian dan keabaian ibu bapa. Pada zama terkini, ibu bapa sering berlumba-lumba mencara rezeki demi memenuhi keperluan hidup. Akan tetapi, perbutan mereka ini telah mengabaikan perasaan anak-anak mereka. Remaja melibatka diri dalam aktiviti tidak berfaedah semata-mata untuk mendapatka perhatian daripada ibu bapa. Apa yang mereka perlukan, hanya kasih sayang daripada ibu bapa.

Sejajar dengan itu, remaja terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah mungkin adalah dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya. Oleh sebab ibu bapa sentiasa sibuk, orang yang menemani di sisi adalah rakan sebaya dan bukannya ibu bapa meskipun orang yang sepatutnya menemani para remaja ialah ibu bapa. Lama-kelamaan, kedudukan ibu bapa dalam hati anak-anak diganti oleh rakan. Rakan-rakan telah dijadikan modal insan atupun idola yang harus remaja contohi. Perbuatan-perbuatan mereka yang melakukan vandalisme dianggap sebagai satu"feksyen"kononnya, turut dicontohi kerana pemikiran para remaja masih mentah dan pendek akal.

Ekoran daripada itu, media massa turut merupakan satu penyumbang untuk para remaja melibatkan diri dalam melakukan perkara-perkara yang tidak mandatangkan kebaikan. Filem-filem keganasan dan iklan-iklan yang mengandungi unsur-unsur budaya barat sering ditayangkan pada permukaan kaca televisyen. Para remaja menerap unsur-unsur negatif melalui rancangan-rancangan serta iklan-ilkan itu dan menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Remaja, ataupun digelar sebagai pembela nusa dan bangsa yang berwibawa pada masa depan tidak harus membazirkan masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Justeru, langkah-langkah yang proaktif haruslah diambil untuk mengatasi masalah yang kian meruncing ini.

Pertama sekali, ibu bapa haruslah meluangkan masa yang secukupnya untuk menemani anak-anak. Komunikasi amatlah penting untuk ibu bapa memahami pemikiran anak-anak mereka. Bersembanglah dengan anak-anak dan memahami keperluan mereka.Megawasi anak-anak untuk mengelakkan mereka menggunakan masa mereka dalam melakukan perkara-perkara tang tidak berfaedah dan cuba mengenali kawan-kawan anak-anak mereka untuk mengelakkan mereka bergaul dengan kawan yang akan mempengaruhi mereka melakukan perkara-perkara yang membazirkan masa sahaja.

Didikan agama juga memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan para remaja daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tiada faedah. Seseorang yang mendapat didikan agama sejak kecil lagi pasti tidak akan membazirkan masa yang bagai emas dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan. Oleh itu, didikan agama haruslah dipraktikkan oleh para remaja. Ibu bapa yang bertanggungjawab untuk menerap unsur-unsur keagamaan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Perlaksaan undang-undang juga mampu mengatasi masalah ini. Undang-undang haruslah diketatkan dan diperbaharui dari semasa ke semasa untuk mengelakkan remaja daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah. Remaja yang ditangkap terbabit dalam melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti berlumba motosikal dan lain-lain lagi haruslah ditahan ke balai polis. Hal ini akan menimbulkan rasa takut dalam hati mereka dan tidak akan berbuat demikian lagi.

Konklusinya, semua pihak mestilah berganding bahu, menggembleng tenaga untuk menangani masalah yang semakin meruncing ini.

Perasaannya-perasaanku

"Eh...rumah-NYA kelihatan sangat sibuk hari ini...kalau tak silap saya, upacara pengebumian diadakan."kata Hong kepada saya semasa kami berbual-bual melalui MSN.

"Apa!!!Upacara pengebumian? Di rumah DIA?? Siapakah yang telah "pergi" agaknya?"bingung hatiku dibuatnya, bertapa gelisah hatiku...Dengan lekasnya saya menyanyakan Hong siapa yang telah meninggal dunia, tetapi jawapannya memang mengcewakan dan menambahkan kerisauan dan kegelisahan dalam hatiku sahaja...iaitu"tak tahu"...

Haiyo...Hong...mengapa sikapmu yang suka menjaga tepi kain orang tidak kamu gunakan? Biasanya kalau diadakan apa-apa 'function' sahaja kamu pasti akan menghadiri, tidak kira majlis hari jadi, upacara pengebumian, majlis perkhawinan, majlis perpisahan...Tetapi...mengapa kali ini kamu tak menghadiri majlis pengebumian yang diadakan di rumahnya? Sekurang-kurangnya kamu boleh memberitahu saya tentang perasaannya dan air mukanya...Adakah dia sangat sedih? Adakah dia menangis? Tak tahukah kamu bertapa saya bimbangkannya? Bukannya kamu tak tahu bertapaku mengendahkannya...Air mataku mula mengalir..."Bagaimanakah keadaannya sekarang?"bisik hatiku...

Saya...bagai gila mencari berita tentangnya...Saya bertanyakan rakan-rakan baiknya, kawan-kawan yang tinggal setaman dengannya, untuk mendapat tahu tentang keadaannya sekarang. Malang sekali, tiada sesiapa yang boleh memberi jawapan kepada saya.

"Saya takkan putus asa semudah ini!"bisik hatiku. Saya terus bertanya...Akhirnya saya mendapat tahu bahawa ayahnya telah meninggal dunia...Tentu dia sangat sakit hati sekarang! Hubungan mereka amat mesra selama ini. Semasa berbual-bual, dia asyik bercerita tentang bapanya, tentang bapanya sering meluangkan masa untuk menemaninya walaupun bapanya sibuk, tentang bertapa prihatin ayahnya membalut kecederaannya, tentang ayahnya membantunya untuk menyembunyikan bahawa dia adalah "pembunuh"yang sebenarnya yang merosakkan televisyen, tentang merka sering bertanding semasa memancing ikan, "Lihat siapa yang akan membawa pulang RM15 kali ini!" inilah yang sering ayahnya kata semasa bertanding.

Saya memahami perasaannya...Perasaannya adalah sama seperti semasa datukku meninggalkan cucu kesayangannya, saya berseorangan di dunia ini. Perasaan itu macam perasaan takut bercanpur dengan perasaan yang sangat susah hati dan sakit hati. Perasaan itu memang tidak menyenangkan...

Saya cuba SMSnya, untuk menasihati dan cuba melegakan hatinya...meskipun saya tahu bahawa pujukanku tidak semestinya berkesan...Tetapi dia tidak mengendahkan saya...Adakah dia tidak menerima mesej daripada saya? Ataupun dia memerlukan masa untuk menene=angkan perasaannya? Mungkin dia sedang berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan ketiadaan ayahnya...

"Di...Di..."telefon bimbitku berbunyi, ada mesej untukku. Memang DIA yang mesejku! Dia yang sering membuatku bimbang dan risau...

Khamis, 17 September 2009

Kisah Kita

"Kasihku...sampai disini, kisah kita,,,jangan tangisi keadaannya..Dengarkan, dengarkan lagu, lagu ini...melodi rintikan hati ini...kisah kita berakhir di januari..." Lagu kegemaranku dimainkan di radio, tatapi rohku bagai terbang ke tempat lain. Apa yang kufikirkan ialah kenangan-kenangan manis antara saya dengannya.

Sudahpun tiga bulan dia meninggalkanku seorang dalam dunia yang kami "create"...Senyumannya, perlakuannya yang lucu, prihatinnya masih kekal dalam hatiku. Mungkin tiada sesiapa lagi di dunia ini yang begitu mengambil berat tentang perasaanku...Semua detik-detik akanku simpan dalam hatiku buat selama-lamanya.

Dia, seorang lelaki yang belajar dalam tingkatan tiga. Senyumannya sentiasa digantung pada mukanya yang kacak. Pada hari pertama kami berkenalan, saya telahpun tertarik terhadapnya. Tetapi, mulutnya celopar, asyik menyangkal apa yang saya cakap. Bertapa marahku...tetapi terdapat suatu perasaan yang aneh dalam hatiku...sedikit manis rasanya...munklin inilah "feel" yang sering mereka cakapkan.

Hubungan kami semakin erat. "Peperangan" antara kami berdua bukan sahaja diadakan di sekolah, malahan, kami juga "berperang"melalui SMS. Tetapi, dialah yang sentiasa meminta maaf. Apabila saya sedih, dialah yang menemani di sisiku. Dia bukan sahaja memberi nasihat kepadaku, dia juga memikirkan cara untuk membuat saya gembira. Dia seumpama seorang abang yang sentiasa menjaga dan memahami perasaanku.

Secara semula jadinya, kami mula bercinta meskipun kami tahu bahawa soal cinta ini akan mempengaruhi pelajaran. Bertapa gembiranya kami berdua. Kami bersama-sama ketawa, bersama-sama mengharungi suka dan duka. Dia sentiasa berada di sisiku apabila saya memerlukannya. Kami saling bergantung...

Tetapi, kami berdua merasa cinta kami ini membebankan...dan meletihkan...Bersama-sama, kami menamatkan hubungan kami...

Sampailah hari ini, kami masih berkawan baik, tetapi saya tidak memberitahunya bahawa saya masih merinduinya...kerana dalam hati masing-masing...terdapat satu garisan yang tidak berani untuk kami mengharunginya...

Selasa, 15 September 2009

Emm...sebenar pada saat yang saya mendapat tahu bahawa saya dan beberapa rakan lain dari kelas saya telah dipilih untuk menulis karangan dalam blog, saya berasa sangat risau kerana saya ini sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang komputer. Tiada pengalaman menulis blog, tiada alamat e-mel, tiada blog, tidak ada "face book"...mustahil saya dipilih...

Selepas saya menghadiri kelas penulisan dalam blog, saya mendapati ia amat berguna. Selain dapat meningkatkan tahap penulisan saya, saya juga dapat mempelajari tentang cara-cara menggunakan program-program komputer. Pada zaman yang canggih ini, orang yang tidak tahu menggunakan komputer dianggap sebagai orang pelik yang ketinggalan zaman. Lagipun, komputer merupakan pembantu yang baik bagi golongan pekerja. Tidak rugi kami belajarnya sajak kecil lagi.

Sekarang, saya berasa sangat rugi kerana pada umur 16 baru saya belajar sedikit ilmu tentang komputer sahaja. Bukannya tiada komputer di rumah, tetapi malas dan kononnya tiada orang mengajar saya untuk menggunakan.Tetapi kini, komputer telahpun menjadi kawan baik saya, sehari tak menggunakannya, rasa semacam sahaja...haha..

Khamis, 10 September 2009

Tahun ini...tidak gembira seperti dulu

Saya dan kawan-kawan sudahpun menghadapi peperiksaan PMR tahun lepas dan kini kami bersama-sama belajar di tingkatan 4. Selama ini, saya selalu tanya kepada diri sendiri, adakah kehidupan tingkatan empat seronok seperti tingkatan tiga? Soalan ini dapat saya jawab sekarang, iaitu tidak! Saya telah kehilangan semua...semua yang saya anggap penting dalam kehidupan saya.

Benda yang paling berharga bagi saya, iaitu persahabatan saya dengan beberapa orang kawan telah menjadi sejarah...Dari kawan yang sering berbual-bual dan ketawa bersama-sama telah bertukar menjadi seperti orang yang tidak berkenalan.Tiada sebarang hubungan lagi...Tiada lagi perbualan antara kami, tiada lagi bertegur sapa apabila tersempak, tiada lagi suara ketawa terbahak-bahak...

Sekarang, saya cuma nak kembali ke asal...kembali ke masa kami bersama-sama ketawa, berbual-bual...Tetapi saya tahu harapan saya ini susah dikecapi...

Jumaat, 4 September 2009

Semangat Perpaduan

Dewasa ini, semangat perpaduan yang amat penting untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup telah meluntur dalam kalangan masyarakat. Memandangkan perkara ini kian serius, langkah-langkah yang proaktif haruslah diambil untuk menyemai semangat perpaduan dalam semua lapisan masyarakat kususnya golongan remaja kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara kita. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk menyuntik semangat perpaduan dalam diri anak-anak kerana anak-anak merupakan kain putih dan ibu bapa bertanggungjawab mewarnakan mereka.

Ibu bapa merupakan modal insan kepada anak-anak. Oleh itu, amatlah penting untuk ibu bapa mengamalkan semangat perpaduan yang dalam kehidupan supaya docontohi anak-anak. Semangat perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak dengan cara bercerita. Bagaimana? Mudah sahaja. Ibu bapa harus menceritakan sejarah negara kita kepada anak-anak tentang bertapa susahnya negara kita ini mencapai kemerdekaan, jasa-jasa pemimpin kita untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Dengan cara ini, anak-anak dapat memahami tentang kepentingannya perpaduan yang diamal dan diwarisi selama ini dan secara langsung, semangat perpaduan dapat ditanam hati mereka.

Sejajar dengan itu, semangat perpaduan juga dapat disemai melalui satu pergerakan yang mudah sahaja, iaitu bertegur-sapa dengan jiran apabila tersempak. Sepatah kata "helo" ataupun satu senyuman sudahpun mencukupi. Dengan cara ini, Pertelingkahan dan perselisihan faham dapat dielakkan. Secara tidak langsung, semangat perpaduan yang jitu dapatlah disemaikan. Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka bertegur sapa dengan jiran tetangga, mereka akan mencontohi gaya atau perbuatan ibu bapa mereka kerana ibu bapa ialah "role model" bagi anak-anak. Melalui cara ini, semangat perpaduan bukan sahaja disemai dalam orang dewasa, ia juga dapat dipupuk dalam diri anak-anak.

Mengadakan rumah terbuka turut merupakan salah satu langkah yang berkesan untuk memupuk semangat perpaduan. Biasanya rumah terbuka akan diadakan sempena musim perayaan. Tidak kira anda merupakan orang yang mungudang atau orang yang diundang, anda hanya perlu berseronok dalam majlis tersebut. Semua prejudis harus "dibuang" dan cubalah berkawan dengan mereka yang berlainan kaum tidak kira anda adalah orang dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Dengan ini, semangat perpaduan dapat ditanam di samping mengeratkan hubungan silaturahim.

Untuk menanam semangat perpaduan dalam masyarakat, amat penting untuk kami memahami dan menghormati adat resam kaum lain kerana negara kita ini berbilang kaum. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak untuk memahami dan menghormati adat resam kaum lain sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak memahami adat resam kaum lain, prejudis anak-anak terhadap kaum lain dapat dihapuskan manakala hubungan erat serta semangat perpaduan yang dalam dapat disemai jika adat dihormati dan bukannya dipandang rendah.

Konklusinya, sesebuah negara hanya akan bertambah maju sekiranya rakyatnya bersatu padu kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kunci untuk mencapai sebuah masyarakat yang harmoni adalah semangat perpaduan. Justeru, semangat perpaduan haruslah dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana nasib negara bergantung kepada mereka kelak,

Rakan Saya

Saya yakin bahawa semua orang di dunia ini pasti mempunyai rakan yang memahami dan dapat berkongsi rahsia.Bagi saya, saya berasa amat gembira mempunyai ketiga tiga rakan ini. Mari saya memperkenalkan mereka. Mereka ialah jiatheng, chia ler, ern yang. Kami ini satu"geng". Apabila kami duduk bersama, bunyi ketawa dan berbul bual tidak akan putus. Hubungan kami agak mesra walaupun kami saling berkenalan pada tahun ini kecuali jiatheng. Saya dan jiatheng berkawan sejak berada di sekolah rendah. Tiada sebarang rahsia disimpan dalam hati kami kerana semua masalah yang kami hadapi dan perasaan kami akan kami meluahkan. Kami bersama sama harungi suka dan duka. Walaupun kadang kala kami bertengkar, tetapi hubungan kami tidak terjejas. Semoga persahabatan kita dapat berkekalan buat selamanya.