Jumaat, 4 September 2009

Semangat Perpaduan

Dewasa ini, semangat perpaduan yang amat penting untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup telah meluntur dalam kalangan masyarakat. Memandangkan perkara ini kian serius, langkah-langkah yang proaktif haruslah diambil untuk menyemai semangat perpaduan dalam semua lapisan masyarakat kususnya golongan remaja kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara kita. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk menyuntik semangat perpaduan dalam diri anak-anak kerana anak-anak merupakan kain putih dan ibu bapa bertanggungjawab mewarnakan mereka.

Ibu bapa merupakan modal insan kepada anak-anak. Oleh itu, amatlah penting untuk ibu bapa mengamalkan semangat perpaduan yang dalam kehidupan supaya docontohi anak-anak. Semangat perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak dengan cara bercerita. Bagaimana? Mudah sahaja. Ibu bapa harus menceritakan sejarah negara kita kepada anak-anak tentang bertapa susahnya negara kita ini mencapai kemerdekaan, jasa-jasa pemimpin kita untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Dengan cara ini, anak-anak dapat memahami tentang kepentingannya perpaduan yang diamal dan diwarisi selama ini dan secara langsung, semangat perpaduan dapat ditanam hati mereka.

Sejajar dengan itu, semangat perpaduan juga dapat disemai melalui satu pergerakan yang mudah sahaja, iaitu bertegur-sapa dengan jiran apabila tersempak. Sepatah kata "helo" ataupun satu senyuman sudahpun mencukupi. Dengan cara ini, Pertelingkahan dan perselisihan faham dapat dielakkan. Secara tidak langsung, semangat perpaduan yang jitu dapatlah disemaikan. Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka bertegur sapa dengan jiran tetangga, mereka akan mencontohi gaya atau perbuatan ibu bapa mereka kerana ibu bapa ialah "role model" bagi anak-anak. Melalui cara ini, semangat perpaduan bukan sahaja disemai dalam orang dewasa, ia juga dapat dipupuk dalam diri anak-anak.

Mengadakan rumah terbuka turut merupakan salah satu langkah yang berkesan untuk memupuk semangat perpaduan. Biasanya rumah terbuka akan diadakan sempena musim perayaan. Tidak kira anda merupakan orang yang mungudang atau orang yang diundang, anda hanya perlu berseronok dalam majlis tersebut. Semua prejudis harus "dibuang" dan cubalah berkawan dengan mereka yang berlainan kaum tidak kira anda adalah orang dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Dengan ini, semangat perpaduan dapat ditanam di samping mengeratkan hubungan silaturahim.

Untuk menanam semangat perpaduan dalam masyarakat, amat penting untuk kami memahami dan menghormati adat resam kaum lain kerana negara kita ini berbilang kaum. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak untuk memahami dan menghormati adat resam kaum lain sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak memahami adat resam kaum lain, prejudis anak-anak terhadap kaum lain dapat dihapuskan manakala hubungan erat serta semangat perpaduan yang dalam dapat disemai jika adat dihormati dan bukannya dipandang rendah.

Konklusinya, sesebuah negara hanya akan bertambah maju sekiranya rakyatnya bersatu padu kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kunci untuk mencapai sebuah masyarakat yang harmoni adalah semangat perpaduan. Justeru, semangat perpaduan haruslah dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana nasib negara bergantung kepada mereka kelak,

1 ulasan:

  1. Hello Eternal,

    cikgu terlepas pandang penulisan anda ini. Cikgu sudah menambah baik karangan ini, sila rujuk blog smkyukkwan.blogspot.com untuk membacanya.
    Sekian, terima kasih

    BalasPadam