Saya dan kawan-kawan sudahpun menghadapi peperiksaan PMR tahun lepas dan kini kami bersama-sama belajar di tingkatan 4. Selama ini, saya selalu tanya kepada diri sendiri, adakah kehidupan tingkatan empat seronok seperti tingkatan tiga? Soalan ini dapat saya jawab sekarang, iaitu tidak! Saya telah kehilangan semua...semua yang saya anggap penting dalam kehidupan saya.
Benda yang paling berharga bagi saya, iaitu persahabatan saya dengan beberapa orang kawan telah menjadi sejarah...Dari kawan yang sering berbual-bual dan ketawa bersama-sama telah bertukar menjadi seperti orang yang tidak berkenalan.Tiada sebarang hubungan lagi...Tiada lagi perbualan antara kami, tiada lagi bertegur sapa apabila tersempak, tiada lagi suara ketawa terbahak-bahak...
Sekarang, saya cuma nak kembali ke asal...kembali ke masa kami bersama-sama ketawa, berbual-bual...Tetapi saya tahu harapan saya ini susah dikecapi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hello Eternal,
BalasPadamKawan berperanan penting dalam hidup kita di alam persekolahan. Rakan sebaya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran. Rakan yang baik membantu kita ke jalan yang betul dan sebaliknya. Kita harus bijak mencari kawan yang baik.
Eternal, semua orang di dunia ini akan menghilang sekurang-kurangnya sesuatu yang dianggap penting kepada mereka.
BalasPadamEternal, dunia ini sering berubah-ubah. Yang telah menjadi sejarah biarkanlah. Hargailah benda di depan kamu, asalkan tiada kesal pada masa depan.
BalasPadam