Emm...sebenar pada saat yang saya mendapat tahu bahawa saya dan beberapa rakan lain dari kelas saya telah dipilih untuk menulis karangan dalam blog, saya berasa sangat risau kerana saya ini sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang komputer. Tiada pengalaman menulis blog, tiada alamat e-mel, tiada blog, tidak ada "face book"...mustahil saya dipilih...
Selepas saya menghadiri kelas penulisan dalam blog, saya mendapati ia amat berguna. Selain dapat meningkatkan tahap penulisan saya, saya juga dapat mempelajari tentang cara-cara menggunakan program-program komputer. Pada zaman yang canggih ini, orang yang tidak tahu menggunakan komputer dianggap sebagai orang pelik yang ketinggalan zaman. Lagipun, komputer merupakan pembantu yang baik bagi golongan pekerja. Tidak rugi kami belajarnya sajak kecil lagi.
Sekarang, saya berasa sangat rugi kerana pada umur 16 baru saya belajar sedikit ilmu tentang komputer sahaja. Bukannya tiada komputer di rumah, tetapi malas dan kononnya tiada orang mengajar saya untuk menggunakan.Tetapi kini, komputer telahpun menjadi kawan baik saya, sehari tak menggunakannya, rasa semacam sahaja...haha..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Memang betul Eternal, kalau nak belajar sesuatu adalah lebih berkesan dengan "learning by doing". Gembira kerana anda sudah belajar sesuatu kemahiran baharu yang memang berguna pada masa depan. Teruskan penulisan anda, walaupun bukan karangan tetapi jika anda banyak menulis dalam Bahasa Melayu, secara tidak langsung penulisan karangan anda juga akan bertambah baik.
BalasPadam