Selasa, 22 September 2009

Perasaannya-perasaanku

"Eh...rumah-NYA kelihatan sangat sibuk hari ini...kalau tak silap saya, upacara pengebumian diadakan."kata Hong kepada saya semasa kami berbual-bual melalui MSN.

"Apa!!!Upacara pengebumian? Di rumah DIA?? Siapakah yang telah "pergi" agaknya?"bingung hatiku dibuatnya, bertapa gelisah hatiku...Dengan lekasnya saya menyanyakan Hong siapa yang telah meninggal dunia, tetapi jawapannya memang mengcewakan dan menambahkan kerisauan dan kegelisahan dalam hatiku sahaja...iaitu"tak tahu"...

Haiyo...Hong...mengapa sikapmu yang suka menjaga tepi kain orang tidak kamu gunakan? Biasanya kalau diadakan apa-apa 'function' sahaja kamu pasti akan menghadiri, tidak kira majlis hari jadi, upacara pengebumian, majlis perkhawinan, majlis perpisahan...Tetapi...mengapa kali ini kamu tak menghadiri majlis pengebumian yang diadakan di rumahnya? Sekurang-kurangnya kamu boleh memberitahu saya tentang perasaannya dan air mukanya...Adakah dia sangat sedih? Adakah dia menangis? Tak tahukah kamu bertapa saya bimbangkannya? Bukannya kamu tak tahu bertapaku mengendahkannya...Air mataku mula mengalir..."Bagaimanakah keadaannya sekarang?"bisik hatiku...

Saya...bagai gila mencari berita tentangnya...Saya bertanyakan rakan-rakan baiknya, kawan-kawan yang tinggal setaman dengannya, untuk mendapat tahu tentang keadaannya sekarang. Malang sekali, tiada sesiapa yang boleh memberi jawapan kepada saya.

"Saya takkan putus asa semudah ini!"bisik hatiku. Saya terus bertanya...Akhirnya saya mendapat tahu bahawa ayahnya telah meninggal dunia...Tentu dia sangat sakit hati sekarang! Hubungan mereka amat mesra selama ini. Semasa berbual-bual, dia asyik bercerita tentang bapanya, tentang bapanya sering meluangkan masa untuk menemaninya walaupun bapanya sibuk, tentang bertapa prihatin ayahnya membalut kecederaannya, tentang ayahnya membantunya untuk menyembunyikan bahawa dia adalah "pembunuh"yang sebenarnya yang merosakkan televisyen, tentang merka sering bertanding semasa memancing ikan, "Lihat siapa yang akan membawa pulang RM15 kali ini!" inilah yang sering ayahnya kata semasa bertanding.

Saya memahami perasaannya...Perasaannya adalah sama seperti semasa datukku meninggalkan cucu kesayangannya, saya berseorangan di dunia ini. Perasaan itu macam perasaan takut bercanpur dengan perasaan yang sangat susah hati dan sakit hati. Perasaan itu memang tidak menyenangkan...

Saya cuba SMSnya, untuk menasihati dan cuba melegakan hatinya...meskipun saya tahu bahawa pujukanku tidak semestinya berkesan...Tetapi dia tidak mengendahkan saya...Adakah dia tidak menerima mesej daripada saya? Ataupun dia memerlukan masa untuk menene=angkan perasaannya? Mungkin dia sedang berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan ketiadaan ayahnya...

"Di...Di..."telefon bimbitku berbunyi, ada mesej untukku. Memang DIA yang mesejku! Dia yang sering membuatku bimbang dan risau...

1 ulasan:

  1. Hello Eternal,

    Wow, nampaknya anda berminat dalam penulisan kreatif. Bagus, teruskan. Cuma cikgu ingin minta anda menulis karangan jeins fakta di samping cerita yang begitu menarik kerana peperiksaan akhir tahun akan menjelang, anda perlu berlatih.Blog merupakan satu platform yang cukup baik untuk latihan menulis.
    Cikgu cuma nak inginkan kesilapan mengeja beberapa perkataan seperti berikut:
    Perkhawinan (salah) - perkahwinan
    menayanyakan(salah)- menanyakan
    mengcewakan (salah) - mengecewakan
    bertapa (salah) - betapa
    bertapa (bermaksud bertafakur)
    menene=angkan perasaan -menenangkan perasaan.
    Sekian, terima kasih

    BalasPadam