Khamis, 17 September 2009

Kisah Kita

"Kasihku...sampai disini, kisah kita,,,jangan tangisi keadaannya..Dengarkan, dengarkan lagu, lagu ini...melodi rintikan hati ini...kisah kita berakhir di januari..." Lagu kegemaranku dimainkan di radio, tatapi rohku bagai terbang ke tempat lain. Apa yang kufikirkan ialah kenangan-kenangan manis antara saya dengannya.

Sudahpun tiga bulan dia meninggalkanku seorang dalam dunia yang kami "create"...Senyumannya, perlakuannya yang lucu, prihatinnya masih kekal dalam hatiku. Mungkin tiada sesiapa lagi di dunia ini yang begitu mengambil berat tentang perasaanku...Semua detik-detik akanku simpan dalam hatiku buat selama-lamanya.

Dia, seorang lelaki yang belajar dalam tingkatan tiga. Senyumannya sentiasa digantung pada mukanya yang kacak. Pada hari pertama kami berkenalan, saya telahpun tertarik terhadapnya. Tetapi, mulutnya celopar, asyik menyangkal apa yang saya cakap. Bertapa marahku...tetapi terdapat suatu perasaan yang aneh dalam hatiku...sedikit manis rasanya...munklin inilah "feel" yang sering mereka cakapkan.

Hubungan kami semakin erat. "Peperangan" antara kami berdua bukan sahaja diadakan di sekolah, malahan, kami juga "berperang"melalui SMS. Tetapi, dialah yang sentiasa meminta maaf. Apabila saya sedih, dialah yang menemani di sisiku. Dia bukan sahaja memberi nasihat kepadaku, dia juga memikirkan cara untuk membuat saya gembira. Dia seumpama seorang abang yang sentiasa menjaga dan memahami perasaanku.

Secara semula jadinya, kami mula bercinta meskipun kami tahu bahawa soal cinta ini akan mempengaruhi pelajaran. Bertapa gembiranya kami berdua. Kami bersama-sama ketawa, bersama-sama mengharungi suka dan duka. Dia sentiasa berada di sisiku apabila saya memerlukannya. Kami saling bergantung...

Tetapi, kami berdua merasa cinta kami ini membebankan...dan meletihkan...Bersama-sama, kami menamatkan hubungan kami...

Sampailah hari ini, kami masih berkawan baik, tetapi saya tidak memberitahunya bahawa saya masih merinduinya...kerana dalam hati masing-masing...terdapat satu garisan yang tidak berani untuk kami mengharunginya...

2 ulasan:

  1. Sungguh tidak kusangka, rupa-rupanya anda semua mempunyai bakat yang tersembunyi dan terpendam. Baru aku tahu bahawa anda semua sebenarnya mempunyai kreativiti dan boleh menulis sesuatu yang indah dan menarik dengan Bahasa Melayu. Teruskan penulisan anda. Di sekolah, anda tidak begitu berpeluang untuk mempraktikkan penulisan seperti ini. Penulisan karangan adalah lebih bersifat akademik. Oleh sebab itu, cikgu minta anda membina blog anda menulis karangan di samping penulisan kreatif anda. Blog memang satu platform yang baik untuk anda semua berlatih dan melihat kembali pencapaian anda dalam penulisan. Berkongsi cerita dan belajar bersama-sama dengan rakan yang lain. Berpeluang melihat, membaca dan menilai penulisan rakan lain di samping penulisan diri anda. Bagus, teruskan penulisan anda, jangan lupa penulisan karangan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun nanti.

    BalasPadam